1) DARAB 1 DIGIT, 2 DIGIT DENGAN 2 DIGIT ATAU LEBIH SECARA REKREASI
Teknik yang diperkenalkan ini melibatkan kaedah membilang titik pertemuan dua atau lebih garisan yang bersentuhan. Teknik ini bukan sekadar melakar garisan di atas kertas, tetapi boleh dimaujudkan dengan menggunakan bahan-bahan sekitar seperti penghisap minuman, copstik, lidi, batang kayu atau perkakasan dapur. Ianya boleh dipraktikan secara bersantai dengan ahli keluarga. Guru pula boleh mengadakan pertandingan secara individu atau berkumpulan. Cara ini agak perlahan tetapi merupakan jalan kira alternatif serta membantu perkembangan pembelajaran. Kaedah ini dapat memberikan keyakinan kepada pelajar sebab mereka lebih jelas nampak jawapan. Ianya tidak memerlukan pelajar menghafal. Di sebalik kecanggihan teknologi yang terus menggila ini, permainan ini sebenarnya boleh memotivasikan pelajar yang tidak menyukai matematik. Pelajar lebih cepat untuk mengingat apabila disebut angka dua maka mereka akan membina atau membentuk dua garisan memanjang dan begitulah seterusnya. Hasrat kerajaan dan kementerian pelajaran khususnya untuk membebaskan minda pelajar, ibubapa dan masyarakat dari budaya belajar untuk peperiksaan semata-mata, akan dapat direalisasikan dengan adanya program sebegini rupa.
2) TEKNIK BINA CEPAT DAN PENGGUNAAN JADUAL SIFIR
Jadual yang dibina bukan sahaja melibatkan masalah darab malah dapat menyelesaikan masalah pecahan dan bahagi. Kaedah penggunaan jadual ini sebenarnya membantu murid mengukuhkan penguasaan asas sifir dengan baik. Bina jadual di belakang kertas soalan juga merupakan satu strategi peniruan positif dan ianya tidak menyalahi peraturan peperiksaan. Usaha ini diteruskan oleh guru di kelas sebelum P&P berjalan, pelajar dibenarkan membina dan meniru secara positif semasa melaksanakan latihan kecuali ujian sahaja. Dalam program seminar bijak sifir ini, guru akan melatih pelajar, ibubapa serta guru-guru bagaimana cara membina jadual ini dengan menggunakan beberapa teknik mudah, cepat dan tepat serta menyeronokkan pelajar. Penggunaan jadual sifir ini membolehkan beberapa penyelesaian masalah. Antaranya ialah mendapatkan jawapan sifir, dengan memulakan pencarian sifir dua hinggalah sifir darabdua belas. Hasil bahagi juga dapat ditunjukkan dengan penggunaan jadual sifir yang sama. Selain itu, pecahan termudah, peratus dapat digunakan secara setara dengan pelbagai situasi kedudukan angka dalam jadual. Guru dan Ibubapa boleh menggunakan jadual sifir sebagai hiasan dinding di rumah. Berdasarkan hasil kajian, ramai pelajar secara lisan dapat menyebut nombor pendaftaran plate kenderaan ibubapa mereka dengan alasan dapat dilihat setiap hari. Jadi, bila jadual sifir ini dipaparkan setiap hari kepada anak-anak di rumah maka adalah tidak mustahil ingatan bawah sedar mereka dapat membina kekuatan daya ingatan.
Kaedah ini sangat berkesan untuk dipraktikan pada setiap pagi sebelum pembelajaran bermula. Ianya boleh diukur berdasarkan kecepatan pelajar menyiapkannya serta peroleh jawapan yang tepat. Kaedah ini dapat mengelakkan bebanan pelajar untuk menghafal. Ia juga boleh dijadikan acara pertandingan antara pelajar, kumpulan atau kelas.
No comments:
Post a Comment