Friday, 7 October 2011

Music

       Apabila ternampak atau terdengar perkataan "Muzik", apakah implikasi dalam mental saudara dan saudari? Saya pasti semua akan menjawab "hiburan". Akan tetapi, setelah menghadiri kursus KSSR Muzik Tahun dua, barulah saya tahu begitu luas lingkungan dalam dunia muzik.Ia bukan sahaja menghiburkan kita, dalam dunia muzik juga akan membantu kita dalam penggunaan otak kiri dan otak kanan.
       Walaupun Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran yang bukan teras, namun Pendidikan Muzik banyak mempengaruhi emosi murid-murid, terutamanya mereka yang mengalami masalah tekanan dalam pembelajaran. Menerusi muzik, murid-murid boleh menyanyi dengan gembira dan menari dengan senorok, dalam masa itulah mereka dapat melupakan perasaan yang tidak suka hati buat sementara waktu.

No comments:

Post a Comment